Soalan Lazim
Jawapan kepada perkara yang paling kerap ditanya sebelum menempah. Tidak jumpa jawapan anda? WhatsApp kami terus.
Bagaimana cara untuk membuat tempahan pakej?
Anda boleh klik butang BOOK pada halaman pakej. Anda akan dihubungkan terus ke WhatsApp pegawai khidmat pelanggan kami untuk pengesahan tempahan dan pembayaran.
Adakah harga pakej termasuk tiket penerbangan?
Harga pakej yang dipaparkan tidak termasuk tiket penerbangan kecuali dinyatakan sebaliknya. Sila rujuk bahagian Kelebihan Pakej untuk senarai penuh yang disediakan.
Berapakah bayaran deposit yang diperlukan?
Sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami melalui WhatsApp untuk maklumat terkini mengenai deposit dan jadual pembayaran.
Adakah kanak-kanak dikenakan harga penuh?
Kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun adalah percuma. Umur 3 hingga 11 tahun dikenakan 80% daripada harga dewasa. Dewasa adalah 12 tahun ke atas.
Bolehkah pakej disesuaikan mengikut keperluan saya?
Boleh. Hubungi kami melalui WhatsApp dan nyatakan keperluan anda — bilangan pax, tarikh, dan destinasi pilihan. Kami akan sediakan sebut harga khas.
Adakah LTS Travel agensi berlesen?
Ya. LTS Transport & Tours Sdn. Bhd. adalah agensi pelancongan berlesen MOTAC.
Masih ada soalan?
Pasukan kami di Sabah menjawab pada waktu pejabat, biasanya dalam masa beberapa minit.